Monday, July 18, 2011

Kenapa siswazah menganggur?

Assalamualaikum.

Harini aku tak cakap kosong. Ini post berfakta.
Melihat pada situasi di Malaysia pada hari ini, kita sudah dilambakkan dengan graduan universiti dan lebih tepat lagi yang masih tidak mendapat pekerjaan atau menganggur.
Jika tahun 90-an dulu, nak masuk universiti sangat susah, dan sesiapa yang dapat menyambung pelajaran ke universiti boleh dianggap cukup hebat. Masuk universiti sudah terlalu mudah pada hari ini. Sudah tiada istimewanya lagi jika seseorang anak kampung itu masuk ke universiti jika nak dibandingkan dengan dulu, hampir satu kampung bercerita tentang sesiapa yang dapat masuk ke universiti dan kadangkala sanggup menghantar sekali!

Kalau sudah terlalu ramai, kemungkinan untuk wujud pelajar yang kurang berkualiti juga tentu banyak. Dan sekarang, lihat saja apa yang sudah berlaku. Disana-sini dilambakkan dengan siswazah mengganggur. Jika anda berjalan di pasar malam, anda keluarkan satu duit syiling 20 sen dan campak keatas, kemungkinan untuk duit itu jatuh terkena seseorang yang mempunyai at least diploma sangat tinggi! Untuk pengetahuan anda juga, kadar penggangguran di Malaysia sekarang adalah 3.1%

Mengapa berlakunya masalah pengangguran ini? Berikut merupakan penyebab utama siswazah sukar mendapat pekerjaan.

Ketidakmampuan bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Jika anda masih belum fasih, apa kata kalau anda sentiasa mencuba? Pedulikan apa orang kata.

Tiada pengalaman bekerja.

Bagi aku, pengalaman bekerja ni sesuatu yang agak tidak adil. Mengapa begitu? Jika semua employer mahukan seseorang yang berpengalaman, siapa yang nak ambil orang yang baru nak bekerja dan ingin mencari pengalaman?

Tapi apa-apa pun, cubalah cari kerja jika ada masa, terutama sewaktu cuti semester. Walaupun aku tak berapa setuju dengan konsep pengalaman bekerja tu, tapi aku akui orang yang sudah ada pengalaman bekerja dapat bekerja dengan lebih baik berbanding dengan seseorang yang tidak berpengalaman. Jadi, carilah kerja-kerja sambilan jika ada masa cuti terluang.

Bersikap memilih pekerjaan.

Yang ni memang jadi lumrah. Aku rasa kalau aku pun sama, memang la memilih. Tapi ingat,ambil segala peluang yang ada, satu hari nanti peluang yang lebih besar akan datang. Tak payah nak memilih sangat la.

Ok ni apa yang Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan kata:

"siswazah yang baru menamatkan pengajian juga menuntut gaji tinggi dan enggan menerima tawaran jawatan yang tidak sepadan dengan kelulusan mereka kerana gaji yang ditawarkan adalah rendah sebab tidak mempunyai pengalaman bekerja"

Fikir-fikirkan dan selamat beramal.!

Sunday, July 17, 2011

Penyakit

Assalamualaikum.

Semua orang ade habit yang buruk samada mereka sedar atau tidak. Kadangkala kita langsung tak sedar yang apa yang kita buat dibenci oleh orang sekeliling. It's good if we get surrounded by people who likes to give us advice. Tetapi, bagaimana dengan orang sekeliling kita yang tidak bersuara hanya kerana mahu 'menjaga hati' kita sedangkan apa yang mereka buat sebenarnya akan drag kita menjadi lebih teruk.

Bak kata pepatah, sayang anak ditangan-tangankan. Lebih kurang macam tu la bunyinya sebab aku pun tak berapa ingat sangat. So, if you love someone and he/she have a bad habit, just tell them privately. Advice them. Guide them for improvement.

Seriously, aku sendiri pun sebenarnya tak sampai hati nak tegur kawan aku yang ada bad habit yang boleh menyebabkan stranger underestimate dia kalau tengok perangai dia. Kadang-kadang, aku dah susun ayat baik untuk nak cakap, lastly end up dengan cakap benda lain. Urghhh. Susahnya nak berterus terang dan sekarang ni aku tengah susun ayat yang paling sopan untuk tegur seorang kawan aku ni. Dah 2 tahun simpan, now I gotta tell him directly. Wish me luck! hehe

p/s: sesiapa yang ada rasa aku ada bad habit, tegur aku jangan tak tegur. Tapi tegur elok-elok dan yang penting, tegur secara private.

Wednesday, July 06, 2011

Result Final manusia malas study

Assalamualaikum.

Jawab dulu salam tu baru baca.

Cuti semester dah nak habis, aku baru je cuti 3 minggu dan sekarang aku kena ready-ready buang karat kat otak ni. Sembur autosol sikit. Waktu cuti, enjoy enjoy jugak, tapi harus diingat yang result final dah nak keluar. ohmaigod! bila ingat result 2 hari lepas, ketar jugak la. Jenis muka tak study main komputer 24 jam nak harapkan result gempak? jangan harap la brader.

Tapi ape-ape pun, result dah keluar walaupun lambat sehari dari yang dijangka. Biasalah server kat sini, banyak problem.

Screen pertama yang membuatkan aku rasa nak tekencing kat atas katil (tgok result atas katil)


Lepas tengok January 2011 ade dalam menu. Sumpah takut.! Ok takut pun kena klik jugak

Jeng jeng jenggg!


Teruk tak? Rasa macam !@#$% kalau tengok kat Mandarin tu. Dapat lecturer jenis gay tak mandi pagi susah jugak. Kalau Math tu, memang salah aku sebab hilang minat selepas dapat lecturer Russian. I miss my add math teacher in SMAPK, Mdm Gan Chiat Lee.

Friday, July 01, 2011

turn on followers widget untuk Unsupported Widget Template

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
(wahh, dah macam berita TV3 la pulak)

Disebabkan blog ni adalah untuk pleasure writing, jadi post yang aku akan tulis memang betul-betul random lah. Harini kalau mood aku ke arah perkomputeran, so post aku akan lebih kepada tech news atau apa-apa trick komputer yang aku rasakan lebih menarik untuk dikongsi.

Before aku create blog ni, aku dah ade banyak blog sebelum ni. Tapi semuanya hampeh disebabkan kekoyaan aku. Konon nak buat blog pasal trick komputer, last-last tak tertulis disebabkan blog camtu kena banyak spend masa untuk menulis artikel-artikel yang penuh dengan gambar.

Ok sudah bahagian melalut, back to the topic. Aku baru buat blog ni pada 27 JUN 2011 yakni tiga hari lepas. Dan dah ramai tanya kat aku mane aku dapat template cool gini..ceeewahh. Bagi aku, template ni memang kewl gila disebabkan oleh takde keserabutan-keserabutan yang menyebabkan blog lambat load. Disebabkan nak jadi kewl, aku pun tak berfikir panjang dah. Sambar terus theme ni!

Lepas-lepas install, baru aku sedar memang betul-betul kewl theme ni, takde ape-ape widget boleh on atau dengan kata lain, theme ni tak support widget. Jadi aku pun lupakan hasrat aku konon-konon nak letak widget bebanyak sampai takde orang sudi nak bukak sebab serabut dan berat. Dalam hati nak jugak ade at least followers widget, tapi disebabkan theme ini terlalu kewl untuk diganti dengan theme-theme lain yang ada dipasaran, aku cuba lupakan hasrat aku tu.

Tapi dalam masa tu, aku tercari-cari jugak camne nak letak followers widget tu sebab aku tengok, ruangan bawah tu macam dibazirkan je. hehe. Cari punya cari, at last jumpa jugak camne nak buat.

Meh meh aku nak ajar.

1)Login at Google Friend Connect with your Blogger login password :
http://www.google.com/friendconnect/

2)Then click your site name to expand it. Kalau ade banyak blog, klik la yang mane blog yg nak dibuat tu.

3)Click Members gadget.

4)Customize and copy code.

5)Paste in sidebar section of template. Kat mane sidebar section kalau dalam HTML?
Aku tunjuk sikit mehh

Tekan CTRL+F, pastu seacrh ni </b:section> , cari </b:section> yang paling bawah sekali, pastu paste la code tu bawah </b:section> tu.

Ni contoh aku buat:


Yang aku highlight tu adalah code untuk followers widget dari Google Connect. Nampak tak </b:section> kat atas dia tu?

Dah setlle ni, save la. Pastu ni hasilnya,


Yeahhh, dah ade ruangan untuk pengikut ajaran aku. Well, follower baru sorang, awek tu.! hehe. Sebab aku baru letak 5 minit. So, dalam simple arithmatic nya, 5 minit sorang follower. Esok pagi tepat pukul 6AM aku akan ade 72 orang follower! Boleh ke?



p/s: Blog ni tak dibuat untuk di follow. Tapi kalau nak jugak, ade ruangan untuk manusia macam korang kat bawah nun. :p

Terima Kasih
 

Copyright (c) 2009 forbidden island. All rights reserved. Design by NodeThirtyThree + Free CSS Templates. Bloggerized by Free Blogger Template.