Friday, September 30, 2011

Disebalik Keindahan Pagi

Kicauan burung menyedarkanku dari hanyutan keindahan mimpi-mimpi sementara. "Arghh, kenapa panas sangat ni?" Aku merungut keseorangan. Harini aku terjaga dengan sedikit berpeluh. Setelah ku amati, baru kusedar yang kipasku dimatikan "Kambing betul siapa yang buat kerja ni" hatiku bermonolog dalaman.

Aku sudah hampir terlupa satu perkataan yang sepatutnya ku ucapkan tatkala terjaga tadi, ALHAMDULILLAH. Ye, aku hampir terlupa yang aku masih diberi peluang untuk bernafas, aku masih berpeluang menikmati keindahan ciptaan Allah ini, masih dapat menyedut oxygen di alam ini dengan PERCUMA, dan aku hampir terlupa Allah dah panjangkan umur aku lagi satu hari untuk aku meneruskan kehidupan sebagai seorang mukmin. Perkataan itulah yang sering dilupai tatkala terjaga dari semalaman lena yang indah.

Bangun dari katil, menuju ke bilik air dan basahkan muka serta anggota wudhu' yang lain. Setelah bersolat subuh, aku merenung jauh diluar jendela mencari-cari kelibat burung bersuara halus yang menyebabkan aku terjaga tadi. Ingin sahaja aku ucapkan terima kasih kepadanya walaupun ianya hanyalah perantaraan yang Allah hantarkan untuk membangunkanku. Penat dicari, tidak kujumpa kelibat haiwan kecil dan bijak ini. "Takpalah burung,semoga esok kau kejut aku lagi dengan suara comelmu itu"

Sambil-sambil merenung,aku kadangkala terfikir betapa indahnya suasana pagi. Tapi kenapa ramai yang mensia-siakannya dengan menarik selimut kembali selepas subuh? Tak cukup tidurkah? atau sengaja melajakkan tidur agar otak lebih bebal? (orang yang terlalu banyak tidur,otak mereka lebih slow). Jawapannya, siapa yang tidur pada waktu ini mungkin tahu.

Aku terus menghirup udara segar ini sambil menarik nafas sedalam-dalamnya dan sentiasa berharap agar hari ini lebih baik dari semalam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, September 28, 2011

3B [Break,Birthday,BB]

Assalamualaikum. Selamat pagi (Malaysia), Selamat Malam (Mesir) *aku ada ramai kawan kat mesir*

Pertama-tama sekali, pinjam vacuum kat bilik sebelah kasi bersih habuk segala bagai.- DONE
Tukar template - DONE
Write post - OTW


Kau nampak tak habuk-habuk kat sini? heh, kan dah cakap, aku kurang rajin. Okay please blame this internet connection (MIAT's WiFi). Sebab internet laju ni la yang buatkan aku malas membukak apa sahaja website kat internet melainkan Facebook.

Macam biasa, kalau kau tak dapat berhubung dengan seseorang yang kau selalu berinteraksi, for sure la you will got a lot of things to say. For this nearly one month aku tinggalkan blog ni, ada la 2 3 story nak coretkan sikit.
 
BREAKUP
Aku dah breakup, sekian.
 

BELI BLACKBERRY
Kalau kau tak tahu (mungkin kau tahu kot), Blackberry adalah satu device yang boleh buat macam-macam dan merupakan satu trend anak-anak muda zaman kini. Jangan cakap apa-apa lagi, ni nak mai habaq kat hang kenapa aku beli BB ni:

1) Merupakan Smartphone, tapi masih belum pakai COAT atau TIE. Hakikatnya, aku lagi smart dan bijak dari phone ni. heh
2) Mudahkan bisnes aku. Aku jual Kaspersky so order semua melalui email. BB merupakan device terbaik nak monitor emel secara REALTIME!
3) Boleh tweet 24 jam.
4) Update status and upload gambar kat facebook dengan 'via BlackBerry'. Ni original punya 'via' okay?
5) Halau syaitan (baca:hilangkan mengantuk) ketika dalam kelas especially time kelas-kelas lecturer kritikal.
6) Dapat buktikan aku tak ikut trend. Sebab kalau aku nak ikut trend, aku ikut trend orang US, iPhone 4 *walaupun tak berapa nak mampu beli buah apple tu*

Setakat ni, Apple kecik ni aku mampu la nak beli. haha :p


7) Boleh message secara percuma dengan kawan-kawan yang pakai iPhone, Android dan BlackBerry walau dimana ceruk dunia mereka berada.

Cukup?? Okay one more thing, aku beli BB ni pada 15HB September 2011. Ni aku nak buat rekod kalau BB ni rosak. Tengok berapa lama boleh tahan kalau device ni hidup dengan aku.  


BIRTHDAY
20 tahun lepas, tanggal 22 September 1991, telah lahir seorang bayi yang comel, putih dan bermata sepet. (tak caya pg tanya mak aku).

Muka aku time kecik mcm dalam gambar tu la. tapi comel lagi.


Sekarang beliau sudah 20 tahun, seorang yang pintar, bijak lagi bergeliga otaknya tetapi jarang menggunakan ke jalan ke betul. MEMBAZIR. Malas cerita banyak-banyak pasal dia, penat nak memuji haihh.

Sekian.

Thursday, September 08, 2011

Tutorial: Tukar domain ke .co.cc secara PERCUMA

Assalamualaikum. Nak menaip kat blogger dengan interface baru ni, rasa seronok pulak. Haha!. Okay perasan tak aku punya domain kat atas tu dah tukar ke www.fikhrisumari.co.cc. Bukan tak sedar diri yang blog ni bawah domain blogspot, tapi tak salah kan mencuba sesuatu yang baru? Let's go through the tutorial.!
 


1. Daftar FREE akaun di co.cc.

2. Selesai proses pendaftaran, klik CNAME kat sidebar kiri.

3. Dahh?? Then, fill in the blank la, ceh dah macam exam je. Host tu isikan domain sebagai contoh www.fikhrisumari.co.cc . PASTIKAN ada www. Tiru je macam gambar kat bawah ni. Pastu klik la SET UP.


4. Next, akan ada lagi box yang sama keluar dan kat atas tu dah ada CNAME yg dah berjaya di setup tadi. (Rujuk gambar bawah ni.). Isi pulak sebijik macam kat bawah ni kecuali nama host tu letak la domain korang. PASTIKAN TAK ADA www.
 
HOST : fikhrisumari.co.cc
TYPE : A
VALUE : 216.239.32.21

5. Untuk step seterusnya, selepas tekan SET UP. Ulang semula step 4 dengan menggunakan VALUE yang berikut :

216.239.34.21 
216.239.36.21 
216.239.38.21

6. Pastikan dapat ni untuk last sekali.

7. Sikit lagi nak siap, sekarang login blogger.com dan pergi ke -> Settings (Kalau guna latest blogger dashboard, klik dropdown menu kat sebelah View Blog tu) -> Publishing -> Blog Address.

8. Klik Advance dan isikan ruangan url tu ke custom domain yang dah dibuat tadi. Sebagai contoh www.fikhrisumari.co.cc . Ni pun PASTIKAN ADA www.



Tekan Save dan anda berjaya! hehe.. Selamat mencuba. :)

p/s: Kalau nak best lagi, pakai yang berbayar. RM30 je setahun untuk domain. haha.

Friday, September 02, 2011

Percaya pada Jodoh, InsyaAllah ada yang terbaik untukku.

Kalau disebut bab jodoh, ramai orang memang akan percaya akan jodoh. Tapi, berapa ramai yang benar-benar percaya pada jodoh yang Allah dah tetapkan untuk kita? Kalau hari ini, soal jodoh ini terlalu membimbangkan kaum wanita, kerana apa? Ini kerana masalah 'pupus'nya kaum lelaki. Wow, dahsyat word tu. Okaylah, kan Nabi dah cakap dalam hadis bahawa nisbah kaum lelaki dengan wanita adalah 1:50. Tak percaya? Tengok hadis berikut:

Daripada Anas ra berkata:
Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah saw bersabda:
Di antara tanda kiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak perzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus lima puluh orang perempuan.

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Memang benar, masih ada wanita yang masih belum bersedia untuk menerima lelaki yang istimewa di dalam hidupnya, Mungkin disebabkan faktor umur, pekerjaan, keluarga dan pelbagai lagi dan untuk wanita suci dan terjaga seperti ini yang menjadi idaman setiap lelaki. Kan kan?? 


Menjaga Diri
 
Mengharungi kehidupan zaman remaja era kini sangat sukar, percaya atau tidak, aku sendiri sedang merasakannya. Memang sangat sukar terutamanya bab menjaga diri dari melakukan pelbagai maksiat. Apa tidaknya, sumber bersepah, nak couple?? senang sangat nak dapat. Dah couple, boleh hidup macam laki bini. Boleh buat itu ini sesuka hati, si lelaki meminta seakan tiada maruah, si perempuan memberi tanpa rasa segan silu kononnya bukti cinta. Aku bukan nak memburukkan sesiapa, ini adalah peringatan untuk diriku sendiri. 

Hati aku setiap hari meronta nak minta dibebaskan macam orang lain, boleh mengorat, boleh couple, boleh buat semua sama-sama dengan gf. Tapi alhamdulillah, aku masih ada sahabat-sahabat yang masih concern akan diriku. Kalau chat ngan perempuan tanpa sebab yang penting, kena marah. Bukan nak cakap aku baik sangat, takkk. Aku manusia jugak, tak lepas dari salah silap. Balik raya ni pun, dah mula balik chatting dengan perempuan dengan alasan suka-suka. It's okay kalau chat tu hanya untuk tanya khabar, untuk jaga silaturrahim, tapi selalunya aku terlebih. Tak perlu kita kejar seseorang tu kalau kita belum betul-betul ready.


Percaya pada Jodoh

Secara jujurnya, aku memang tengah minat kat seorang perempuan ni. Tak perlu la cakap ciri-ciri dia kan. Lepas breakup, aku ingat aku dah berjaya, tapi tak. Syaitan ni memang pandai. Aku nak jaga diri aku nak betul-betul akan cuba tanamkan SERAHKAN URUSAN JODOH KAT ALLAH. Tak perlu cari waktu sekarang ni, kalau dah betul-betul ready nak bernikah, memang aku akan cari dan nikah. Tak sabar la pulak. :D

Kalau ada sahabat-sahabat aku Hasrulfariz, Nik Farhan, Iskandar, Shahnazrin, Muhsin, Anas, Asyqal, dan yang lain-lain terbaca post ni, aku harap kita sama-sama dapat menjaga sesama sendiri. Sentiasa ingat ayat yang Allah dah turunkan di dalam Surat CintaNYA kepada kita:

Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik". [Surah al-Nur, ayat 26]

Pesanan untuk diriku, "Percaya dan serahlah urusan jodoh ini kepada Allah, insyaAllah ada yang terbaik untukku"

Thursday, September 01, 2011

Theme blogger baru

Assalamualaikum wbt. Macam biasa, pagi-pagi dah buka laptop cek email (cehh da macam businessman, tapi aku mmg business pun). Next, buka facebook cek notification dan seterusnya, bukak Google Reader. Malam tadi aku baru cleankan 1000++ unread items. Harini buka je, mak aihhh, ada lagi 57 unread. Cepat betul website-website menulis update, dah macam newspaper. Dalam banyak-banyak news aku baca, terbaca la tentang New Blogger Theme. Aku pun apa lagi, cek terus, fuhhh, memang nampak cool. Macam Metro UI pun ada jugak. Congratez to Google Blogger team ! Sebab berjaya buat satu design yang menarik dan tak bosan serta nampak cool! dan yang paling penting, dah hampir-hampir sama macam wordpress. Nice.

Nampak tak google reader aku ade 47 unread items tu. *Memupuk budaya membaca* :D



Tak Jadi aku nak migrate ke Wordpress.

 

Copyright (c) 2009 forbidden island. All rights reserved. Design by NodeThirtyThree + Free CSS Templates. Bloggerized by Free Blogger Template.