Friday, October 28, 2011

I'm back home!

Keputusan yang aku buat hari khamis semalam taklah bodoh sangat. Pagi-pagi tetiba terfikir nak balik rumah,okay terus kemas baju kotor kutip masuk bungkusan. Diikat kemas!

Tanpa beg lain selain beg laptop dan sebungkus baju kotor yang dah diperam sebulan. Aku baling semua barang dalam kereta. Bukak bonet depan,cek air cek minyak hitam. Ok semua cukup.

Perjalanan dimulakan dengan hati yang agak kering disebabkan tayar berdengung-dengung menandakan bearing perlu ditukar -- haihh duit lagi.

Perjalanan yang aku kira agak bernasib baik juga. Sekali aku hampir dirempuh kren yang terbabas masuk jalan aku, tapi alhamdulillah. Umur panjang lagi. Tayar pun takde la pecah tengah jalan. Alhamdulillah sekali lagi.

Sampai rumah waktu tengahari. Mak aku terkejut. Haha! Surprise!! Macam biasa, bapak aku pun terkejut dan seperti biasa juga, masa dirumah bukan untuk berehat, tapi untuk bekerja. Ye, kat rumah aku memang banyak kerja. Elok lepas zohor terus angkat batu,bancuh simen buat bilik tidur baru. Ni baru hari pertama balik! Haha.

Harini jumaat. Semua tau. Hehe. Harini tugas aku repair kekuda garaj lori belakang rumah. Tambah kanvas atas lori,jadi tinggi,tak muat garaj -__- . Kerja bertambah lepas lori lekat dalam lumpur. Sakit badan tolak and angkat lori. Cipan.

Masa untuk bertwitta? Malam je la. But its okay lah. Aku suka penat gila-gila time siang,malam rehat. Fuhh baru sihat! Oklah, twitta panggil aku, ramai mention la tu. Susah jadi femes ni. Kekekeke. :D

p/s: rumah takde internet, semua pakai phone je la. -_-'
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, October 22, 2011

22HB October 2011

22/10/2011

Permulaan hari aku memang kurang baik sebab bangun lewat gila. 7.40 pagi. Sumpah tak pernah lewat macam ni. Ni la akibat tidur betul2 sebelum azan subuh. "Memang dasar saitan!" - Ayat keramat cikgu PK1 SMAPK sewaktu kejut bebudak bangun subuh. hahaha. Bangun lewat + penat memang akan kurangkan tekanan darah seseorang and harini aku kekurangan tekanan darah akibat bangun lewat+penat sangat.

Kalau ikutkan kalendar phone aku, harini 22HB October memerangkap hari paling penuh event dalam hidup aku. Tak tahu la kenapa semua nak buat event time hari ni. UniKL MIAT Aerocarnival IV 2011, #OctTwtFest, Himpunan Sejuta Umat, dan Jalan-jalan ke Melaka dengan family. Sebab badan aku takde fungsi belah-belah lagi, jadi aku kena pilih satu je la untuk pergi.

Ohh sebenarnya #OctTwtFest tu adalah hashtag dalam komuniti twitter untuk October Tweet Fest yang berlangsung pada harini iaitu 22hb October 2011. Tujuan program, boleh google. hahaha.

Sebab malas nak drive, malas nak keluar dari MIAT ni, aku pilih je la untuk pergi Aerocarnival. Kat sini ada Heli Joyride untuk sesiapa yang rasa nak naik heli and want to have experience of viewing the biggest roundabout in the world in Putrajaya from the sky. Okay I'd gone through this in 2008. heeee! *Tapi kena bayar RM250/person for 20 minutes of flying.*. Ada wang?

Later aku nak letak gambar sikit2 tentang Aerocarnival ni.



Thursday, October 20, 2011

Kenapa saya tak pernah promote blog

Semenjak dari sekolah lagi, saya memang tidak berbakat menulis. Kalau buat je karangan mesti ayat tah apa-apa, jalan cerita bertarabur, penggunaan perkataan tidak kena tempat dan macam-macam lagi lah. 

Menulis blog
Kalau dulu saya pernah tulis diari di dalam satu buku diari. Ohh waktu itu saya form 2. Jika diingat semula, nak gelak sorang2 pun ada jugak. Waktu form 2 dah ada crush dengan cikgu, aiyaaaa, Tulis semua isi hati dalam diari, then kantoi dan memang kecoh satu batch. Sampai form 5 cerita tu masih dibualkan. Zaman semakin maju, semua orang buat blog dan saya pun teringin juga. Bukan nak cari populariti dengan promote blog entri tak berfaedah dan tak best, tapi saya buat blog as a platform untuk gantikan diari yang dalam buku kepada online diari. Lebih mudah, lebih selamat daripada hilang.



Promote blog
Nak promote blog? Mungkin jarang dibuat sebab saya tak perlukan reader pun dan follower yang ramai pun. Lagipun apa yang ditulis disini, boleh dikategorikan sebagai sampah juga la. *tak termasuk entri yang di copy paste dari tempat lain*. 

Lagi satu sebab, saya pemalu. Ye, saya pemalu dan kadang2 saya malu tak bertempat. Kalau saya tau ada someone baca blog saya, nak jumpa orang tu pun malu. Sebab tu kena privatekan identiti. Kalau ada kawan-kawan terjumpa, dia taklah tau blog sampah ni saya yang tulis. haha.

Okayy that's enough for this time. Pagi-pagi bangun menulis ni pun sebab nak jalankan otak kasi fikir nak susun ayat. ^_^

Patut la BM PMR saya dapat B dulu.

Wednesday, October 19, 2011

Test

This is test post

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

New Url

Once you had started, it's nearly impossible for you to take it back. That is how internet works. You have to think more than twice to post something on the net.

Have you ever google your name? If not, better do it now, see what is the results and sometimes maybe it'll shock you. Everyone can get your identity easily using google. Huh,better be safe than sorry. The old me said - "Hey, everyone should know you! Put your real name on the internet so that anyone can find you and knows you". The question is that, who wanna know you unless you are a celebrity.

The 2011 of me saying that -- "Hide whatever you can on the internet. Choose a name and let everyone knows you with that name"

Once you had started, it's nearly impossible for you to take it back. ----poor me :(
 

Copyright (c) 2009 forbidden island. All rights reserved. Design by NodeThirtyThree + Free CSS Templates. Bloggerized by Free Blogger Template.