Thursday, June 30, 2011

untitled

Assalamualaikum.

Harini aku demam, dan baru tadi aku bantai durian 3 bijik.
Agak-agak apa la jadi kat aku esok? (~.~)

p/s: aku tak puas hati ni, internet rumah aku laju-laju, dah jadi tempat budak2 lepak.. da la kawan-kawan adik aku..grrrr

Blog ni tak dibuat untuk di follow [nanti mungkin kot]. Tapi kalau nak jugak, SUBSCRIBE kat sebelah ni. Terima Kasih

Wednesday, June 29, 2011

29 JUN 2011

Assalamualaikum.

29 JUN 2011. Aku blogwalking gila-gila hari ni, sampai semua idea aku hilang. Setiap setengah jam aku dapat satu idea [kira purata la], last-last, semua lupa. Dan sekarang, aku masih kosong. fuhhh! pusing kanan kiri kanan kiri semua rasa macam kosong je.

apsal ha? apsal??

Aku tak tanya kau lah! Aku tanya diri aku, jangan menyibuk boleh tak?

Kadang-kadang update blog ni satu aktiviti yang seronok jugak. Walaupun tangan aku ketar-ketar harini sebab pegang mesen rumput lama sangat. Rumah aku dah macam hutan, semak tinggi. Aku kesian kat mak ayah aku, bukan larat dah nak potong rumput sendiri, jadi aku korbankan waktu joging aku petang-petang untuk potong rumput.

Hurmmm, elok-elok tengah takde idea ni tetiba aku rasa macam nak pakai mekbuk. Terjumpa mekbuk secondhand murah-murah pulakkk.

Apple MacBook PRO 15" 2.4ghz

PRICE : RM3,199


Semuanya kat sini:
http://mudah.my/bestpricedotcom

Apa aku boleh kata: Nak beli tapi takde duit. Ok,siapa lah nak sponsor. ._.


Blog ni tak dibuat untuk di follow lagi [nanti mungkin kot]. Tapi kalau nak jugak, SUBSCRIBE kat sebelah ni. Terima Kasih.

Tuesday, June 28, 2011

Bersih




“Murbawan Malaysia tidak senang dengan apa yang sedang berlaku di negara in. Kita menghantar pesanan yang sangat waras. Demokrasi perlu murni dan terus dimurnikan.

Kenapa kita tidak boleh memperbaik situasi? Kenapa kita harus membiarkan demokrasi diperkuda oleh segelintir kuasawan yang tampaknya bermaharajalela?
Telah lama kita tidak senang dengan aliran demokrasi yang diperkuda ini. Telah lama kita inginkan demokrasi yang bersih, bergerak atas landas yang murni.

Kita sedar bahawa jalan ini tidaklah mudah. Maka itu, kita menjadi lebih berazam. Kita maklum bahawa gergasi media arus perdana kini sedang ikut garang menghempit kita dalam arus peristiwa yang semakin durjana. Kita sedang berlawan dengan keangkuhan yang pejal. Oleh media arus perdana ini, kita sewenangnya digambarkan sebagai kumpulan “siasah” yang sangat bercita-cita buruk. Lebih buruk, kita digambarkan sebagai kelompok yang sengaja ingin menggelorakan masyarakat seburuk hajat.

Kita tidak begitu. Kita ingin memperbaiki jentera demokrasi agar lebih berhati nurani.
Kita tidak menginginkan demokrasi yang kasar dan sombong; kita merindukan demokrasi yang tulus dan betul.

Inilah gerakan kita yang, sayangnya, terpaksa bermula di tengah keangkuhan kerajaan yang merasa segala-galanya sudah betul, malah sudah syurgawi, di tanah air ini. Kita sebenarnya masih dalam derita yang terus dicipta oleh tangan kasar berhati angkuh yang sangat bercita-cita.

Kita merindukan suara kuasa yang waras dan insani; suara pembimbing yang ikhlas dan mengerti. Kita tidak memerlukan suara angkuh dalam era yang sudah terlalu lama sombong ini. Kita mengharapkan tangan kuasa yang berhemah, sedia memimpin dan berdamai, turut bantu mencipta iklim demokrasi yang harum.

Memanglah kita mengkhayalkan dunia indah itu, walaupun kenyataan yang terserlah dan mengembang kini sedang menunjukkan di atas kepala kita sentiasa sedia terapung awan kelam yang menjanjikan tofan.

Jikalau berlaku, kita bukanlah kelompok manusia yang gamam berlari; kita, sebaliknya, adalah manusia yang cekal berdiri. Kita ingin memupuk demokrasi yang lebih berhati nurani.

Dua ratus tahun dulu seorang tokoh kecil Sam Adams, dengan kelompoknya yang kecil juga, telah mencurahkan teh ke dalam laut di pelabuhan Boston, Amerika. Kata Sam Adams: “It does not require a majority to prevail, but rather an irate, tireless minority keen to set bushfires in people’s minds.”

Kita nyalakan unggun api itu pada malam ini!”


A. Samad Said
Ucapan Malam Pelacncaran BERSIH - 19 Jun 2011

Skill yang hilang [versi copy]

Semalam aku saje-saje explore GengBlogger untuk promote page bisnes Kaspersky, sekali ternampak la satu post seorang gadis ni. Bagi aku, ianya agak menarik disebabkan tajuk yg ditulis adalah 'Skill yang Hilang' dan beliau meletakkan gambar interior sebuah Mercedes CLC Manual.

Aku rasa macam tertarik je nak baca, setelah membaca isi post itu ohhh baru ku sedari bahawa apa yang cuba dikatakan adalah hilangnya skill beliau mendriving kereta manual. HAHA! Aku tersenyum sendirian memikirkan itulah yang selalu terjadi pada ramai kawan-kawan LELAKI ku yang duduk area bandar dan memang tak pernah ade kereta manual kat rumah. Aku rasa aku agak bernasib baik sebab kereta yang aku bawak memang manual. Ahh, biasalahh, racer. :p

Walaupun aku boleh drive kereta manual dengan baik [ceewah], kadangkala aku rasa jugak macam mane perasaan orang yg tak boleh drive manual dgn baik when it's comes to riding motorcycle. Yeahh, I admit it, aku tak biasa bawak moto sampai kadang-kadang kene kutuk. Yela, harap je lesen dah takde P, tapi tak rempit langsung. Skill aku bawak motosikal memang dah hilang!

Well, aku rasa perasaan takut aku ni wujud sebab aku banyak sangat tengok bebudak kampung aku eksiden kot. Seriusla, tahap keselamatan penunggang motosikal sangat rendah. Kalau eksiden, diorang yg sakit lebih. Entahla aku tak pernah pun rasa nak bawak moto kecuali superbike. :D

Kalau aku balik kampung [rompin], hampir tiap-tiap hari aku akan tengok Superbike-superbike berdesup lalu depan rumah. Haaaa, yang tu mmg menarik, rasa macam cool gila kalau dapat bawak menda tu. Tapi takpe, aku takkan biarkan jiwaku beralih ke motosikal sebab aku peminat tegar kereta dan ubahsuai kereta walaupun aku takdakk duit. heeee.

Ni adik aku, aku tak berani pecut moto laju gini..fuhh! honda bulat atok aku.

K lah, nak pegi merempit ke pantai sat.

Monday, June 27, 2011

apa itu bahagia

Kalau mengikut otak-otak kapiaq atau ISLAM yang berpaksikan barat, mungkin bagi mereka bahagia itu adalah kehidupan yang penuh dengan EMAS [baca: harta atau wang], WANITA, PANGKAT, KEHORMATAN DI SISI MANUSIA dan sebagainya lah.

Tetapi bagi seseorang yang mengucap dua kalimah syahadah, sepatutnya kita menakrifkan bahagia itu bukan seperti apa yang ditulis diatas. Bahagia dalam konteks ISLAM adalah TENANG. Ye, KETENANGAN itulah kebahagiaan sebenar. Walaupun kita tidak berharta, apabila hati tenang, tak keluh kesah, ade Allah dalam hati, harta itu adalah sesuatu yang sangat tidak bernilai.

Harta itu bukanlah tidak boleh dicari, cari dan kumpul lah harta kekayaan kerana itu adalah salah satu cara untuk menaikkan nama ISLAM yang semakin dipijak-pijak didunia ini. Saidina Abd Rahman bin Auf pun mengumpulkan harta yang banyak, sehingga diriwayatkan, beliau punya harta dagangan, perlu dimuatkan atas 700 ekor unta! fuhhh.. Kayo tu kayoo.

Okaylah, berbalik kepada kebahagiaan tadi. Bukan senang nak dapat ketenangan tu. Nak dapat ketenangan, satu je caranya iaitu dengan mengingati dan mencintai Allah melebihi segala-galanya. Seriously aku cakap, susah sangat nak buang rasa cinta harta, cinta dunia, cinta girlfriend, isteri, anak-anak dan nak digantikan dengan cinta Allah dan Rasulnya didalam hati. Kita ni manusia, memang tak terlepas daripada buat silap. Bagi aku, cara yang paling cipuut nak ingat dan nak dapatkan ketenangan hati, JAGA SOLAT dan BACA AL-QURAN at least 2 PAGE SEHARI. Tu paling cipuuut la kalau rasa tak mampu nak buat yang lain-lain.

Aku pun tulis ni sebab rasa macam down je dua tiga hari ni. Yelah,Quran ntah kemana, cuma solat je masih terjaga. Alhamdulillah.

Layan lagu sepamm.


Wahh, dah macam blog ustaz-ustaz! haha. aku cuma nak share sikit. Dengar betul-betul lirik dia. Masyukkk.!

just another blog

Assalamualaikum. Aku tak harap pun sesiapa baca blog ni. Just diary aku. Aku bosan cuba buat blog yang cantik-cantik konon nak update at least seminggu sekali, last-last tak dapat buat jugak.

Aku dah try buat banyak blog sebelum ni. Dah macam-macam, banyak sangat. Aku rasa semua sekali ade la lebih kurang 12 blog. Semua cantik-cantik *perasan*. HAHA! Dari tutorial komputer, blog sendirian berhad, blog bisnes kanak-kanak. tapi semua hampeh. But now, I only focus on my only TWO blogs. Satu tu bisnes antivirus aku yang aku buat. So far, ok la gi la dan insyaAllah aku akan sentiasa tengok dan update blog tu sebab ade customer berkomunikasi kan.  Nak taknak, ade orang beli, so kene tengok. haha.

Anyway, blog ni aku tak buat untuk sesiapa follow. Blog ni memang betul-betul sendirian berhad, Nak contact aku? ha, kat tepi ni ade button contact, pepandai la bagi emel.

Oklah, disebabkan ni first post aku. Aku malas nak taip panjang-panjang. Jap2. Nak promote antivirus sikit, sesiapa nak beli KASPERSKY 2012 dengan harga termurah. DO check out my blog at http://okmdiary.blogspot.com


Selamat menghadapi kehidupan terbaik semua! :)
 

Copyright (c) 2009 forbidden island. All rights reserved. Design by NodeThirtyThree + Free CSS Templates. Bloggerized by Free Blogger Template.