Monday, July 18, 2011

Kenapa siswazah menganggur?

Assalamualaikum.

Harini aku tak cakap kosong. Ini post berfakta.
Melihat pada situasi di Malaysia pada hari ini, kita sudah dilambakkan dengan graduan universiti dan lebih tepat lagi yang masih tidak mendapat pekerjaan atau menganggur.
Jika tahun 90-an dulu, nak masuk universiti sangat susah, dan sesiapa yang dapat menyambung pelajaran ke universiti boleh dianggap cukup hebat. Masuk universiti sudah terlalu mudah pada hari ini. Sudah tiada istimewanya lagi jika seseorang anak kampung itu masuk ke universiti jika nak dibandingkan dengan dulu, hampir satu kampung bercerita tentang sesiapa yang dapat masuk ke universiti dan kadangkala sanggup menghantar sekali!

Kalau sudah terlalu ramai, kemungkinan untuk wujud pelajar yang kurang berkualiti juga tentu banyak. Dan sekarang, lihat saja apa yang sudah berlaku. Disana-sini dilambakkan dengan siswazah mengganggur. Jika anda berjalan di pasar malam, anda keluarkan satu duit syiling 20 sen dan campak keatas, kemungkinan untuk duit itu jatuh terkena seseorang yang mempunyai at least diploma sangat tinggi! Untuk pengetahuan anda juga, kadar penggangguran di Malaysia sekarang adalah 3.1%

Mengapa berlakunya masalah pengangguran ini? Berikut merupakan penyebab utama siswazah sukar mendapat pekerjaan.

Ketidakmampuan bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Jika anda masih belum fasih, apa kata kalau anda sentiasa mencuba? Pedulikan apa orang kata.

Tiada pengalaman bekerja.

Bagi aku, pengalaman bekerja ni sesuatu yang agak tidak adil. Mengapa begitu? Jika semua employer mahukan seseorang yang berpengalaman, siapa yang nak ambil orang yang baru nak bekerja dan ingin mencari pengalaman?

Tapi apa-apa pun, cubalah cari kerja jika ada masa, terutama sewaktu cuti semester. Walaupun aku tak berapa setuju dengan konsep pengalaman bekerja tu, tapi aku akui orang yang sudah ada pengalaman bekerja dapat bekerja dengan lebih baik berbanding dengan seseorang yang tidak berpengalaman. Jadi, carilah kerja-kerja sambilan jika ada masa cuti terluang.

Bersikap memilih pekerjaan.

Yang ni memang jadi lumrah. Aku rasa kalau aku pun sama, memang la memilih. Tapi ingat,ambil segala peluang yang ada, satu hari nanti peluang yang lebih besar akan datang. Tak payah nak memilih sangat la.

Ok ni apa yang Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan kata:

"siswazah yang baru menamatkan pengajian juga menuntut gaji tinggi dan enggan menerima tawaran jawatan yang tidak sepadan dengan kelulusan mereka kerana gaji yang ditawarkan adalah rendah sebab tidak mempunyai pengalaman bekerja"

Fikir-fikirkan dan selamat beramal.!

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright (c) 2009 forbidden island. All rights reserved. Design by NodeThirtyThree + Free CSS Templates. Bloggerized by Free Blogger Template.