Wednesday, August 31, 2011

Aidilfitri ke-2

Assalamualaikum wbt. Salam Aidilfitri! :D

Dah masuk raya kedua, semalam bukan main semangat aku beraya. Jumpa semula kawan-kawan lama yang dah 6-7 tahun tak jumpa. Okay memang penat tapi aku dapat keep in touch semula lah dengan mereka. Macam-macam berita aku dengar pasal kawan-kawan aku ni, ada yang dah kahwin (perempuan), ada yang dah jadi kaki clubbing dan yang paling takut sekali, ada yang kahwin lepas mengandung... aiyakk! Aku??

Alhamdulillah, jahat-jahat aku pun, tak lah sampai mengandungkan anak orang lagi. Mintak-mintak laa jauh, takut wooo. Okay back to raya. Semalam, beraya tak sampai 10 rumah pun, tapi satu rumah sejam, memang tak dan la nak pergi semua kan. Ingatkan harini nak pergi lagi, tapiiii aku macam malas since dah bukak and mengadap laptop ni. Minyak kereta isi RM20 pun tak habis lagi, nka pergi rumah siapa?? Awek, takde. Kawan-kawan lain, hilang nombor. Hurmmm....apa-apapun, SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN!


p/s: raya kali ni paling tak best setakat ni, abang kakak aku tak balik, so, mmg sunyi sepi la, :(

Monday, August 29, 2011

Jiwang-jiwangg

Salam Eid. Early in the morning, I already turn on my laptop as usual. After checking all the Facebook’s notification and email, I wanna clean my laptop from all the junk files because it’s getting slow and slow. Hurmmm, 1st step, remove and clean all the download history in the IDM. Scroll one by one and I saw a song entitled “Mocca- I remember”. Try to listen a little bit and I remember that song which I downloaded in the MRSM AG because my friend suggested it to me for closing ceremony slide show. LOL. Well, the songs quite slow and it is very jiwanggg. :p

Today I’m gonna list out some of the jiwang songs which I ever heard and I love because of the catchy sound.

Richard Marx – Right Here Waiting



M2M – The Day you Went Away



Michael Learns to Rock – That’s Why You Go Away (Lame video clip :D)



Auburn – Perfect Two



There are a lot more, but these are my favourite! Hahahaaa, jiwang punya lagu.. :p




Single not available

Assalamualaikum wbt. Sempena hari-hari terakhir Ramadhan ni, aku dengan bangganya nak umumkan yg aku bujang. Erghh, WHAT THE ...........! Takdelah, actually, aku memang bujang pun setakat ni sebab tak kawen lagi kan. HAHA! Ape la mengarut tetengah malam ni, ok ni cerita sebenar aku nak sampaikan.

Dalam seminggu lepas, aku baru je breakup. Patut ke aku cerita ni. Ah,persetankan. Well, aku dikelilingi sahabat-sahabat yang sangat concern akan diriku yang hanyut. Bukan aku cakap sesiapa cuba hanyutkan aku, tak. Tapi tengoklah zaman sekarang ni, kalau couple dah tak macam dulu. Mesti dibuai indah oleh nafsu dan syaitan dan bukan hanya sekadar sayang. Kadang-kadang, sayang tu langsung takde, yang ada hanyalah nafsu semata. Jadi, daripada aku hanyut laaaagi jauh, aku ambil langkah drastik- CUT.

Bukan nak cuba tunjuk aku baik, sebab aku tau aku tak la baik pun dan ada individu yang mengutuk aku kata "Gunakan alasan agama untuk breakup adalah alasan yang LAME!". Eh, aku tak kisah langsung la orang nak kata apa pun kat aku, yang penting aku dah cuba berubah one step sempena Ramadhan yang mulia ni. Bak kata kawan aku "You dont have to see the whole staircase,But just take the first step-- mr.K (:"  .Ok aku tau ada yang tengah memaki aku, mengutuk aku. Terima Kasih untuk sape yang ada kutuk aku tu.

Sebenarnya post aku ni nak tulis pasal lain, last2 terlencong baek punyaa.

Sunday, August 28, 2011

Duit lagi

Semalam aku f**ked up gila! Sorry bahasa aku sangat kurang ajar. Siapa tak bengang kalau kereta kena pecah cermin.? Dah la yang pecahkan tu, dia mmg ko kenal sangat2. Rasa macam nak pergi pecah dia pun ade jugak. Okay sabar fikhri. Puasa ni Allah saje nak bagi ujian. Thanks to you yang comfortkan aku semalam. Really appreciate it. Thank you dan Selamat Hari Raya.

Dah la berhabuk sebab tak pakai, pastu kena pecah cermin pulak. *_*


Kancil ni je la yg boleh pakai sekarang.

Agak2 berapa harga cermin ni? Duit, duit


Saturday, August 27, 2011

Ajal dan kematian

Assalamualaikum wbt. Bagi hari-hari terakhir Ramadhan ni, aku rasa better aku muhasabah sikit diri aku. Bulan puasa ni memang banyak sangat benda lagha yang dibuat. Tak besar, benda kecik pun banyak. Okay cuba ingat balik apa aku buat pada awal bulan Ramadhan sampai sekarang. Around 10 malam pertama, sangat memberansangkan. Iman naik, setan kena ikat kan. Memang baik la aku, Alhamdulillah.

But, once masuk fasa kedua, walaupun setan still kena ikat tapi maksiat aku makin banyak. Okay sebelum tu, meh aku terangkan maksud maksiat. Maksiat adalah DOSA yang dibuat walaupun DAH TAU SALAH. So, jangan kecilkan skop maksiat tu kepada apa yang menaikkan nafsu syahwat je. Cukup la aku cakap aku banyak membazirkan waktu Ramadhan aku kali ni. Masuk fasa ketiga, setan dah nak beraya dan cuti sekolah pun dah nak mula (MIAT kan Aviation SCHOOL). At that time, aku dapat satu peluang jadi fasilitator untuk program "The Khalifah Project" di sekolah member aku, MJSC Alor Gajah.

Lepas tamat program tu, aku baru sedar yang banyak sangat benda karut dan tak sepatutnya dibuat, aku dah buat. Aku mengambil langkah drastik dan berani untuk stop. Stop ape? Ahh, tak payah nak tau. Biar aku simpan sorang je. Tapi apa apapun, Alhamdulillah.

Apa post ni takde kena mengena dengan tajuk langsung?? Oklah, saje je buat camtu, takdakk idea maa. Sebenarnya aku nak buat catatan kat sini yang harini, aku dapat berita 3 orang meninggal dunia. Semua muda-muda lagi. Innalillahiwainna ilaihiraaji'un. Al-Fatihah untuk mereka.

Semuanya boleh dijadikan pengajaran. Seorang tu meninggal sebab bunuh diri. Opss, jangan terkejut! but this is reallity. Dua orang lagi eksiden. Jadi, kuatkanlah iman kita dan sempena musim perayaan ni, hati-hati memandu. Ingat mak pak hang oii! :D

SELAMAT HARI RAYA! Maaf Zahir! Batin esok pulak.


p/s: Aku tak mintak sesiapa pun follow sebab ni diari suka-suka aku. Tapi kalau nak jugak, ade ruangan untuk manusia macam korang kat bawah nun. :pTQ

Monday, August 22, 2011

Penat

 Aku penat. Serius penat. Dalam sejarah hidup aku, tak pernah aku drive se'JAUH' 80km dengan memerlukan tidur. Ha, faham tak apa maksud aku? Maksudnya, semalam aku tidur kat 2 bijik RnR dalam range hanya 80km perjalanan.

 Fuhh, rasa macam mabuk semalam. Ntah apa la yang aku makan time berbuka menyebabkan aku mengantuk sebegitu rupa. Habis segala teknik tahan mengantuk aku cuba, follow rapat2 ( kalau dalam NFS kita panggil drafting), cilok kanan kiri macam org mabuk (aku pakai kancil, so senang sebab kecik), menjerit ( ohh, actually tak buat sebab 'atok' tengah tidur kat sebelah. so, hormat.

RnR pertama, aku tidur selama 45 minit dengan enjin dan aircond hidup. 10 suku start jalan semula, tapi hanya bertahan selama 15 minit sebab aku nampak RnR seterusnya (seremban). Bagi aku, siapa yang tidur dalam aircond, separuh nikmat tidur dia dah hilang sebab aku dah cuba, tengokla hasilnya, menarik kan? 45 minit tidur dalam aircond hanya boleh membuat aku bertahan selama 15 minit. Maksudnya, kalau aku nak drive 5 jam balik rumah lepas ni, aku memerlukan tidur sebanyak 15 jam. Wooooo! Itu sudah bisa menghabiskan hariku.

Ok lah, yang membuatkan aku sangat-sangat tak puas hati adalah, aku sepatutnya sampai pukul 10 suku. tapi aku sampai pukul 12.30 malam. Memang 'JAUH' betul perjalanan aku malam tadi. Mau sambung buat assignment.


p/s: Blog ni tak dibuat untuk di follow. Tapi kalau nak jugak, ade ruangan untuk manusia macam korang kat bawah nun. :p Terima Kasih
 

Copyright (c) 2009 forbidden island. All rights reserved. Design by NodeThirtyThree + Free CSS Templates. Bloggerized by Free Blogger Template.