Tuesday, June 28, 2011

Skill yang hilang [versi copy]

Semalam aku saje-saje explore GengBlogger untuk promote page bisnes Kaspersky, sekali ternampak la satu post seorang gadis ni. Bagi aku, ianya agak menarik disebabkan tajuk yg ditulis adalah 'Skill yang Hilang' dan beliau meletakkan gambar interior sebuah Mercedes CLC Manual.

Aku rasa macam tertarik je nak baca, setelah membaca isi post itu ohhh baru ku sedari bahawa apa yang cuba dikatakan adalah hilangnya skill beliau mendriving kereta manual. HAHA! Aku tersenyum sendirian memikirkan itulah yang selalu terjadi pada ramai kawan-kawan LELAKI ku yang duduk area bandar dan memang tak pernah ade kereta manual kat rumah. Aku rasa aku agak bernasib baik sebab kereta yang aku bawak memang manual. Ahh, biasalahh, racer. :p

Walaupun aku boleh drive kereta manual dengan baik [ceewah], kadangkala aku rasa jugak macam mane perasaan orang yg tak boleh drive manual dgn baik when it's comes to riding motorcycle. Yeahh, I admit it, aku tak biasa bawak moto sampai kadang-kadang kene kutuk. Yela, harap je lesen dah takde P, tapi tak rempit langsung. Skill aku bawak motosikal memang dah hilang!

Well, aku rasa perasaan takut aku ni wujud sebab aku banyak sangat tengok bebudak kampung aku eksiden kot. Seriusla, tahap keselamatan penunggang motosikal sangat rendah. Kalau eksiden, diorang yg sakit lebih. Entahla aku tak pernah pun rasa nak bawak moto kecuali superbike. :D

Kalau aku balik kampung [rompin], hampir tiap-tiap hari aku akan tengok Superbike-superbike berdesup lalu depan rumah. Haaaa, yang tu mmg menarik, rasa macam cool gila kalau dapat bawak menda tu. Tapi takpe, aku takkan biarkan jiwaku beralih ke motosikal sebab aku peminat tegar kereta dan ubahsuai kereta walaupun aku takdakk duit. heeee.

Ni adik aku, aku tak berani pecut moto laju gini..fuhh! honda bulat atok aku.

K lah, nak pegi merempit ke pantai sat.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright (c) 2009 forbidden island. All rights reserved. Design by NodeThirtyThree + Free CSS Templates. Bloggerized by Free Blogger Template.