Monday, June 27, 2011

apa itu bahagia

Kalau mengikut otak-otak kapiaq atau ISLAM yang berpaksikan barat, mungkin bagi mereka bahagia itu adalah kehidupan yang penuh dengan EMAS [baca: harta atau wang], WANITA, PANGKAT, KEHORMATAN DI SISI MANUSIA dan sebagainya lah.

Tetapi bagi seseorang yang mengucap dua kalimah syahadah, sepatutnya kita menakrifkan bahagia itu bukan seperti apa yang ditulis diatas. Bahagia dalam konteks ISLAM adalah TENANG. Ye, KETENANGAN itulah kebahagiaan sebenar. Walaupun kita tidak berharta, apabila hati tenang, tak keluh kesah, ade Allah dalam hati, harta itu adalah sesuatu yang sangat tidak bernilai.

Harta itu bukanlah tidak boleh dicari, cari dan kumpul lah harta kekayaan kerana itu adalah salah satu cara untuk menaikkan nama ISLAM yang semakin dipijak-pijak didunia ini. Saidina Abd Rahman bin Auf pun mengumpulkan harta yang banyak, sehingga diriwayatkan, beliau punya harta dagangan, perlu dimuatkan atas 700 ekor unta! fuhhh.. Kayo tu kayoo.

Okaylah, berbalik kepada kebahagiaan tadi. Bukan senang nak dapat ketenangan tu. Nak dapat ketenangan, satu je caranya iaitu dengan mengingati dan mencintai Allah melebihi segala-galanya. Seriously aku cakap, susah sangat nak buang rasa cinta harta, cinta dunia, cinta girlfriend, isteri, anak-anak dan nak digantikan dengan cinta Allah dan Rasulnya didalam hati. Kita ni manusia, memang tak terlepas daripada buat silap. Bagi aku, cara yang paling cipuut nak ingat dan nak dapatkan ketenangan hati, JAGA SOLAT dan BACA AL-QURAN at least 2 PAGE SEHARI. Tu paling cipuuut la kalau rasa tak mampu nak buat yang lain-lain.

Aku pun tulis ni sebab rasa macam down je dua tiga hari ni. Yelah,Quran ntah kemana, cuma solat je masih terjaga. Alhamdulillah.

Layan lagu sepamm.


Wahh, dah macam blog ustaz-ustaz! haha. aku cuma nak share sikit. Dengar betul-betul lirik dia. Masyukkk.!

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright (c) 2009 forbidden island. All rights reserved. Design by NodeThirtyThree + Free CSS Templates. Bloggerized by Free Blogger Template.