Friday, September 02, 2011

Percaya pada Jodoh, InsyaAllah ada yang terbaik untukku.

Kalau disebut bab jodoh, ramai orang memang akan percaya akan jodoh. Tapi, berapa ramai yang benar-benar percaya pada jodoh yang Allah dah tetapkan untuk kita? Kalau hari ini, soal jodoh ini terlalu membimbangkan kaum wanita, kerana apa? Ini kerana masalah 'pupus'nya kaum lelaki. Wow, dahsyat word tu. Okaylah, kan Nabi dah cakap dalam hadis bahawa nisbah kaum lelaki dengan wanita adalah 1:50. Tak percaya? Tengok hadis berikut:

Daripada Anas ra berkata:
Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah saw bersabda:
Di antara tanda kiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak perzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus lima puluh orang perempuan.

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Memang benar, masih ada wanita yang masih belum bersedia untuk menerima lelaki yang istimewa di dalam hidupnya, Mungkin disebabkan faktor umur, pekerjaan, keluarga dan pelbagai lagi dan untuk wanita suci dan terjaga seperti ini yang menjadi idaman setiap lelaki. Kan kan?? 


Menjaga Diri
 
Mengharungi kehidupan zaman remaja era kini sangat sukar, percaya atau tidak, aku sendiri sedang merasakannya. Memang sangat sukar terutamanya bab menjaga diri dari melakukan pelbagai maksiat. Apa tidaknya, sumber bersepah, nak couple?? senang sangat nak dapat. Dah couple, boleh hidup macam laki bini. Boleh buat itu ini sesuka hati, si lelaki meminta seakan tiada maruah, si perempuan memberi tanpa rasa segan silu kononnya bukti cinta. Aku bukan nak memburukkan sesiapa, ini adalah peringatan untuk diriku sendiri. 

Hati aku setiap hari meronta nak minta dibebaskan macam orang lain, boleh mengorat, boleh couple, boleh buat semua sama-sama dengan gf. Tapi alhamdulillah, aku masih ada sahabat-sahabat yang masih concern akan diriku. Kalau chat ngan perempuan tanpa sebab yang penting, kena marah. Bukan nak cakap aku baik sangat, takkk. Aku manusia jugak, tak lepas dari salah silap. Balik raya ni pun, dah mula balik chatting dengan perempuan dengan alasan suka-suka. It's okay kalau chat tu hanya untuk tanya khabar, untuk jaga silaturrahim, tapi selalunya aku terlebih. Tak perlu kita kejar seseorang tu kalau kita belum betul-betul ready.


Percaya pada Jodoh

Secara jujurnya, aku memang tengah minat kat seorang perempuan ni. Tak perlu la cakap ciri-ciri dia kan. Lepas breakup, aku ingat aku dah berjaya, tapi tak. Syaitan ni memang pandai. Aku nak jaga diri aku nak betul-betul akan cuba tanamkan SERAHKAN URUSAN JODOH KAT ALLAH. Tak perlu cari waktu sekarang ni, kalau dah betul-betul ready nak bernikah, memang aku akan cari dan nikah. Tak sabar la pulak. :D

Kalau ada sahabat-sahabat aku Hasrulfariz, Nik Farhan, Iskandar, Shahnazrin, Muhsin, Anas, Asyqal, dan yang lain-lain terbaca post ni, aku harap kita sama-sama dapat menjaga sesama sendiri. Sentiasa ingat ayat yang Allah dah turunkan di dalam Surat CintaNYA kepada kita:

Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik". [Surah al-Nur, ayat 26]

Pesanan untuk diriku, "Percaya dan serahlah urusan jodoh ini kepada Allah, insyaAllah ada yang terbaik untukku"

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright (c) 2009 forbidden island. All rights reserved. Design by NodeThirtyThree + Free CSS Templates. Bloggerized by Free Blogger Template.