Wednesday, September 28, 2011

3B [Break,Birthday,BB]

Assalamualaikum. Selamat pagi (Malaysia), Selamat Malam (Mesir) *aku ada ramai kawan kat mesir*

Pertama-tama sekali, pinjam vacuum kat bilik sebelah kasi bersih habuk segala bagai.- DONE
Tukar template - DONE
Write post - OTW


Kau nampak tak habuk-habuk kat sini? heh, kan dah cakap, aku kurang rajin. Okay please blame this internet connection (MIAT's WiFi). Sebab internet laju ni la yang buatkan aku malas membukak apa sahaja website kat internet melainkan Facebook.

Macam biasa, kalau kau tak dapat berhubung dengan seseorang yang kau selalu berinteraksi, for sure la you will got a lot of things to say. For this nearly one month aku tinggalkan blog ni, ada la 2 3 story nak coretkan sikit.
 
BREAKUP
Aku dah breakup, sekian.
 

BELI BLACKBERRY
Kalau kau tak tahu (mungkin kau tahu kot), Blackberry adalah satu device yang boleh buat macam-macam dan merupakan satu trend anak-anak muda zaman kini. Jangan cakap apa-apa lagi, ni nak mai habaq kat hang kenapa aku beli BB ni:

1) Merupakan Smartphone, tapi masih belum pakai COAT atau TIE. Hakikatnya, aku lagi smart dan bijak dari phone ni. heh
2) Mudahkan bisnes aku. Aku jual Kaspersky so order semua melalui email. BB merupakan device terbaik nak monitor emel secara REALTIME!
3) Boleh tweet 24 jam.
4) Update status and upload gambar kat facebook dengan 'via BlackBerry'. Ni original punya 'via' okay?
5) Halau syaitan (baca:hilangkan mengantuk) ketika dalam kelas especially time kelas-kelas lecturer kritikal.
6) Dapat buktikan aku tak ikut trend. Sebab kalau aku nak ikut trend, aku ikut trend orang US, iPhone 4 *walaupun tak berapa nak mampu beli buah apple tu*

Setakat ni, Apple kecik ni aku mampu la nak beli. haha :p


7) Boleh message secara percuma dengan kawan-kawan yang pakai iPhone, Android dan BlackBerry walau dimana ceruk dunia mereka berada.

Cukup?? Okay one more thing, aku beli BB ni pada 15HB September 2011. Ni aku nak buat rekod kalau BB ni rosak. Tengok berapa lama boleh tahan kalau device ni hidup dengan aku.  


BIRTHDAY
20 tahun lepas, tanggal 22 September 1991, telah lahir seorang bayi yang comel, putih dan bermata sepet. (tak caya pg tanya mak aku).

Muka aku time kecik mcm dalam gambar tu la. tapi comel lagi.


Sekarang beliau sudah 20 tahun, seorang yang pintar, bijak lagi bergeliga otaknya tetapi jarang menggunakan ke jalan ke betul. MEMBAZIR. Malas cerita banyak-banyak pasal dia, penat nak memuji haihh.

Sekian.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright (c) 2009 forbidden island. All rights reserved. Design by NodeThirtyThree + Free CSS Templates. Bloggerized by Free Blogger Template.