Friday, September 30, 2011

Disebalik Keindahan Pagi

Kicauan burung menyedarkanku dari hanyutan keindahan mimpi-mimpi sementara. "Arghh, kenapa panas sangat ni?" Aku merungut keseorangan. Harini aku terjaga dengan sedikit berpeluh. Setelah ku amati, baru kusedar yang kipasku dimatikan "Kambing betul siapa yang buat kerja ni" hatiku bermonolog dalaman.

Aku sudah hampir terlupa satu perkataan yang sepatutnya ku ucapkan tatkala terjaga tadi, ALHAMDULILLAH. Ye, aku hampir terlupa yang aku masih diberi peluang untuk bernafas, aku masih berpeluang menikmati keindahan ciptaan Allah ini, masih dapat menyedut oxygen di alam ini dengan PERCUMA, dan aku hampir terlupa Allah dah panjangkan umur aku lagi satu hari untuk aku meneruskan kehidupan sebagai seorang mukmin. Perkataan itulah yang sering dilupai tatkala terjaga dari semalaman lena yang indah.

Bangun dari katil, menuju ke bilik air dan basahkan muka serta anggota wudhu' yang lain. Setelah bersolat subuh, aku merenung jauh diluar jendela mencari-cari kelibat burung bersuara halus yang menyebabkan aku terjaga tadi. Ingin sahaja aku ucapkan terima kasih kepadanya walaupun ianya hanyalah perantaraan yang Allah hantarkan untuk membangunkanku. Penat dicari, tidak kujumpa kelibat haiwan kecil dan bijak ini. "Takpalah burung,semoga esok kau kejut aku lagi dengan suara comelmu itu"

Sambil-sambil merenung,aku kadangkala terfikir betapa indahnya suasana pagi. Tapi kenapa ramai yang mensia-siakannya dengan menarik selimut kembali selepas subuh? Tak cukup tidurkah? atau sengaja melajakkan tidur agar otak lebih bebal? (orang yang terlalu banyak tidur,otak mereka lebih slow). Jawapannya, siapa yang tidur pada waktu ini mungkin tahu.

Aku terus menghirup udara segar ini sambil menarik nafas sedalam-dalamnya dan sentiasa berharap agar hari ini lebih baik dari semalam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright (c) 2009 forbidden island. All rights reserved. Design by NodeThirtyThree + Free CSS Templates. Bloggerized by Free Blogger Template.