Monday, August 29, 2011

Single not available

Assalamualaikum wbt. Sempena hari-hari terakhir Ramadhan ni, aku dengan bangganya nak umumkan yg aku bujang. Erghh, WHAT THE ...........! Takdelah, actually, aku memang bujang pun setakat ni sebab tak kawen lagi kan. HAHA! Ape la mengarut tetengah malam ni, ok ni cerita sebenar aku nak sampaikan.

Dalam seminggu lepas, aku baru je breakup. Patut ke aku cerita ni. Ah,persetankan. Well, aku dikelilingi sahabat-sahabat yang sangat concern akan diriku yang hanyut. Bukan aku cakap sesiapa cuba hanyutkan aku, tak. Tapi tengoklah zaman sekarang ni, kalau couple dah tak macam dulu. Mesti dibuai indah oleh nafsu dan syaitan dan bukan hanya sekadar sayang. Kadang-kadang, sayang tu langsung takde, yang ada hanyalah nafsu semata. Jadi, daripada aku hanyut laaaagi jauh, aku ambil langkah drastik- CUT.

Bukan nak cuba tunjuk aku baik, sebab aku tau aku tak la baik pun dan ada individu yang mengutuk aku kata "Gunakan alasan agama untuk breakup adalah alasan yang LAME!". Eh, aku tak kisah langsung la orang nak kata apa pun kat aku, yang penting aku dah cuba berubah one step sempena Ramadhan yang mulia ni. Bak kata kawan aku "You dont have to see the whole staircase,But just take the first step-- mr.K (:"  .Ok aku tau ada yang tengah memaki aku, mengutuk aku. Terima Kasih untuk sape yang ada kutuk aku tu.

Sebenarnya post aku ni nak tulis pasal lain, last2 terlencong baek punyaa.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright (c) 2009 forbidden island. All rights reserved. Design by NodeThirtyThree + Free CSS Templates. Bloggerized by Free Blogger Template.