Tuesday, October 04, 2011

Awak, kenapa macam ni?

"" Assalamualaikum awak. Awak sihat? Lama tak dengar khabar berita awak. Harap awak sihat dan happy je macam selalu. Kalau tak happy, takkan boleh bersosial dengan seronok lagi kan? Hehe.

Awak,sejak kebelakangan ni saya selalu ternampak gambar yang awak upload. Macam biasa, awak cantik dan menawan. Bertudung litup menutup kepala dengan sempurna. Awak cantik, memang cantik. Awak pakai tudung apa pun, memang akan nampak saaangat menawan! Tapi, kecantikan awak tu bukan untuk ditayang-tayang kat lelaki bukan mahram kan? Termasuk saya. Kecantikan awak tu mahal kan? Tak mungkin awak boleh bagi percuma kat entah sape2 je yang boleh bukak album gambar awak. Awak kena ingat ni, awak tu permata berharga. Walaupun seluruh isi dunia dijual, semua tu takkan dapat membeli walau secebis dari diri awak. Bayangkan satu hari nanti,lepas awak kahwin, ada ramai lelaki yang simpan gambar awak. Awak tak takut ke? Awak kena bertindak dari sekarang. Saya ingatkan awak lagi sekali, muka awak yang cantik tu bukan untuk ditayang-tayang dan dibuat tontonan lelaki-lelaki bukan mahram. Awak cantik, awak ayu, awak simpan elok-elok semua gambar-gambar awak. Nanti awak dah bersuami, awak tunjuklah SEMUA gambar yang awak dah simpan lama tu ye?

Teknologi sekarang ni kalau salah guna bahaya awak. Blog dan Facebook, tempat paling banyak saya tengok awak letak gambar-gambar awak. Ada sesetengah daripada gambar-gambar tu terdedah aurat awak. Na'uzubillah. Tapi awak mungkin tak sedar yang sesetengah gambar awak menampakkan aurat. Ye awak,tudung awak terselak dan gambar tu ada di internet! Lagi satu, lengan awak aurat kan? Awak macam boleh slamba je upload gambar-gambar menampakkan lengan awak. Okay maaf, mungkin awak tak sedar. Tapi saya dah bgtau, so awak kena la delete dari internet gambar-gambar macam tu ea :)

Awak, ada tak pernah terdetik dalam hati awak "Susahnya jadi perempuan,tu kena tutup ni kena tutup, yang ni tak boleh tunjuk,pakai tak boleh ketat"??

Kalau ada, mungkin awak perlu diingatkan semula. Allah sayangkan wanita, sebab tu Allah suruh tutup semua. Wanita itu hiasan dunia awak, hiasan yang cantik, tak boleh la dikongsi-kongsi sebab nanti hilangla ekslusifnya. Hanya untuk suami awak je. Sabar sikiiiittt je lagi ye awak? :)

Awak nak jadi wanita tercantik?? Emm, awak dah memang cantik, tapi muka yang cantik je tak cukup. Perangai dengan percakapan pun kena baik jugak. Awak, saya jujur ni. Dalam hati saya, ada awak seorang je yang betul-betul saya ingin jadikan Isteri. Sebab tu saya taknak awak rosak. Takperlu awak keluarkan word macam 'demn' 'bodoh' 'bongok' and lain2 lagi lah. Tak manis la awak.

Saya bukanlah baik sangat nak cakap itu ini kat awak,tapi sampai bila kita nak senyap kalau fikir diri masih tak cukup lengkap dan sempurna. Semoga awak boleh ubah diri awak. Tak dapat banyak,sikit-sikit pun jadi.

Awak,saya nak awak tau. Saya akan tunggu awak.

Assalamualaikum ""


Okay ni petikan dari warkah berlagu sepasang couple Islamik. Whattt?? Ada ke istilah couple Islamik?

Sebenarnya, couple tu sendiri dah boleh bawak kepada haram kerana banyak keburukan dari kebaikan dan TIADA ISTILAH COUPLE ISLAMIK. Kau couple,kau merosak dan kau rosak. That's all.


P/s: apa yang baik, sila ambil iktibar :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright (c) 2009 forbidden island. All rights reserved. Design by NodeThirtyThree + Free CSS Templates. Bloggerized by Free Blogger Template.