Saturday, October 22, 2011

22HB October 2011

22/10/2011

Permulaan hari aku memang kurang baik sebab bangun lewat gila. 7.40 pagi. Sumpah tak pernah lewat macam ni. Ni la akibat tidur betul2 sebelum azan subuh. "Memang dasar saitan!" - Ayat keramat cikgu PK1 SMAPK sewaktu kejut bebudak bangun subuh. hahaha. Bangun lewat + penat memang akan kurangkan tekanan darah seseorang and harini aku kekurangan tekanan darah akibat bangun lewat+penat sangat.

Kalau ikutkan kalendar phone aku, harini 22HB October memerangkap hari paling penuh event dalam hidup aku. Tak tahu la kenapa semua nak buat event time hari ni. UniKL MIAT Aerocarnival IV 2011, #OctTwtFest, Himpunan Sejuta Umat, dan Jalan-jalan ke Melaka dengan family. Sebab badan aku takde fungsi belah-belah lagi, jadi aku kena pilih satu je la untuk pergi.

Ohh sebenarnya #OctTwtFest tu adalah hashtag dalam komuniti twitter untuk October Tweet Fest yang berlangsung pada harini iaitu 22hb October 2011. Tujuan program, boleh google. hahaha.

Sebab malas nak drive, malas nak keluar dari MIAT ni, aku pilih je la untuk pergi Aerocarnival. Kat sini ada Heli Joyride untuk sesiapa yang rasa nak naik heli and want to have experience of viewing the biggest roundabout in the world in Putrajaya from the sky. Okay I'd gone through this in 2008. heeee! *Tapi kena bayar RM250/person for 20 minutes of flying.*. Ada wang?

Later aku nak letak gambar sikit2 tentang Aerocarnival ni.



0 comments:

Post a Comment

 

Copyright (c) 2009 forbidden island. All rights reserved. Design by NodeThirtyThree + Free CSS Templates. Bloggerized by Free Blogger Template.