Friday, October 28, 2011

I'm back home!

Keputusan yang aku buat hari khamis semalam taklah bodoh sangat. Pagi-pagi tetiba terfikir nak balik rumah,okay terus kemas baju kotor kutip masuk bungkusan. Diikat kemas!

Tanpa beg lain selain beg laptop dan sebungkus baju kotor yang dah diperam sebulan. Aku baling semua barang dalam kereta. Bukak bonet depan,cek air cek minyak hitam. Ok semua cukup.

Perjalanan dimulakan dengan hati yang agak kering disebabkan tayar berdengung-dengung menandakan bearing perlu ditukar -- haihh duit lagi.

Perjalanan yang aku kira agak bernasib baik juga. Sekali aku hampir dirempuh kren yang terbabas masuk jalan aku, tapi alhamdulillah. Umur panjang lagi. Tayar pun takde la pecah tengah jalan. Alhamdulillah sekali lagi.

Sampai rumah waktu tengahari. Mak aku terkejut. Haha! Surprise!! Macam biasa, bapak aku pun terkejut dan seperti biasa juga, masa dirumah bukan untuk berehat, tapi untuk bekerja. Ye, kat rumah aku memang banyak kerja. Elok lepas zohor terus angkat batu,bancuh simen buat bilik tidur baru. Ni baru hari pertama balik! Haha.

Harini jumaat. Semua tau. Hehe. Harini tugas aku repair kekuda garaj lori belakang rumah. Tambah kanvas atas lori,jadi tinggi,tak muat garaj -__- . Kerja bertambah lepas lori lekat dalam lumpur. Sakit badan tolak and angkat lori. Cipan.

Masa untuk bertwitta? Malam je la. But its okay lah. Aku suka penat gila-gila time siang,malam rehat. Fuhh baru sihat! Oklah, twitta panggil aku, ramai mention la tu. Susah jadi femes ni. Kekekeke. :D

p/s: rumah takde internet, semua pakai phone je la. -_-'
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright (c) 2009 forbidden island. All rights reserved. Design by NodeThirtyThree + Free CSS Templates. Bloggerized by Free Blogger Template.