Saturday, October 08, 2011

Kemas barang, penting ke?

Harap-harap apa yang saya tulis kali ni tak jadi draft. InsyaAllah.

Alhamdulillah baru je siap kemas barang di bilik yang sebelum ni bersepah macam tongkang pecah. Okay rasa sejuk sikit. fuhh! Pukul 4 suku tadi saya baru je sampai dari Alamanda. Keluar pergi beli rak untuk letak barang-barang yang semakin lama semakin menghilang kat atas meja sendiri. Bersepah sangat. Kadang-kadang tengok diri sendiri rasa macam perempuan, penuh dengan barang-barang kecil tapi rasa sayang nak buang dan sentiasa nak cuba simpan. haihhh

Dari pendrive, external hard disk, bateri laptop, bateri mouse, buku-buku, botol kaca ala-ala botol arak, kotak-kotak gadget murah saya, kertas, kalkulator, macam-macam lagi lah. Serius rasa serabut sangat sebelum ni, kalau cuba kemas pun, tahan la 3 hari paling lama. Lepas tu, berterabur semula dan tentunya tak akan ada orang yang nak kemaskan melainkan saya sendiri yang malas ni.

Ni bukan botol arak, ni botol air monavie.


Saya pernah terbaca tentang 10 muwasafat tarbiyyah dan salah satunya adalah Munazhzhamun fi Syu’unihi iaitu Tersusun dalam Urusannya. Patut la ada dalam muwasafat tarbiyyah, rupanya manage barang sendiri tak kasi bersepah saaaaaangat penting. Penting gila tu sebab 5 harakaat. hehe. Sebenarnya saya sendiri dah cuba banyak kali benda ni, kalau semua barang tengah kemas, mesti diri sendiri akan rasa lebih bersemangat. Sebab apa ye?

Kalau ikut sains, sebenarnya di sekeliling kita ada ion -ve dan +ve. Kalau sesuatu suasana tu berserabut, tegang, bersepah-sepah, ion-ion -ve akan penuh kat tempat tu sekaligus mempengaruhi emosi dan fikiran sesiapa yang ada kat situ. Terus jadi malas, rimas, panas, rasa nak buat benda jahat dan mungkin rasa mengantuk je dan end up tidur je.

Sebaliknya berlaku kalau satu-satu tempat tu cantik, dingin, tersusun, dan kondusif. Ion-ion +ve akan memenuhi tempat tu dan mudahlah manusia kat keliling tu jadi lebih produktif, rajin, bersemangat, dan mood akan jadi okayyy.

Tak la kata tempat ni cantik sangat, tapi kalau nak dibandingkan dengan sebelum ni, jauh lebih baik :D
Sekarang ni, saya tengah penat sebab baru lepas mengemas. Dah rasa tersusun, baru datang mood nak menulis ni walaupun tengah penat. Haa, terbukti kan kat situ.? Okay dah maghrib. Harap-harap la kemas ni berterusan sampai akhir sem. haha.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright (c) 2009 forbidden island. All rights reserved. Design by NodeThirtyThree + Free CSS Templates. Bloggerized by Free Blogger Template.